Sunday, May 10, 2015

Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Unit Amanah

Assalamualaikum.

Mungkin sekarang anda dah tahu atau sekurang-kurangnya mendapat sedikit idea tentang unit amanah ni. Kalau belum, boleh klik sini untuk baca sedikit pengenalan tentang unit amanah.

Kenapa anda perlu melabur dalam unit amanah ni? Jawapannya senang je, ia mampu untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 10 - 15% secara purata. Tapi kena ingat, unit amanah ni bukanlah skim cepat kaya kerana ianya bersifat jangka panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. Jadi, kenalah simpan paling minimum 3 tahun untuk mendapat pulangan 10 - 15% tu. Kalau tak, ada kemungkinan pelaburan anda mengalami kerugian ataupun hanya dapat untung yang ciput je.

Benda pentingnya dekat sini ialah bila melabur dalam unit amanah ni, kena ingat yang pelaburan mestilah untuk jangka masa panjang. Ingat: jangka masa panjang. Barulah dapat nak nikmati pulangan tinggi tu. Ye, memang normal orang nak untung banyak dalam sekelip mata, tapi tak ada benda dalam dunia ni yang boleh bagi macam tu. Melainkan kalau join skim cepat kaya. Contoh banyak kat Malaysia ni dan yang paling popular ialah Skim Pak Man Telo. Berapa ramai yang tertipu dengan jumlah 'pelaburan' mencecah puluhan juta, Tapi habuk pun takde. Senang cakap, nak kaya ni perlukan masa yang panjang, ilmu serta medium dan strategi yang betul.

Ada banyak syarikat kat Malaysia ni yang menguruskan unit amanah. Setakat bulan March 2015, ada 37 syarikat yang menawarkan khidmat pelaburan dalam unit amanah. Antaranya ialah CIMB-Principal Asset Management Bhd, Kenanga Investors Berhad, Amanah Saham Nasional Berhad and Public Mutual Berhad. Nak tau yang lebih tu boleh try tengok kat sini.

Jadi, jangan tunggu lagi. Mulakan pelaburan anda sekarang! Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Abdul Latif Omar Ali
Unit Trust Consultant
013-4373947

I really hope that this post has benefit you in many ways.
Thank you for reading.
:)

No comments: