Saturday, May 16, 2015

Cara Melabur Dalam Unit Amanah

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak kongsi tentang cara anda boleh mulakan pelaburan dalam unit amanah. Senang sangat sebenarnya. Ada dua cara pelaburan iaitu melalui wang tunai ataupun KWSP. Senang kan? :)

1) Wang Tunai
     Kalau melabur dengan cara ni, anda boleh buat dengan dua cara.

Satu: secara lumpsum
Kedua: secara lumpsum + simpanan berkala.

Untuk kedua-dua cara ni, jumlah permulaan ciput je yakni RM 500. Cuma bezanya untuk simpanan berkala, anda ada pilihan untuk simpan setiap bulan dengan nilai minimum RM 200 melalui potongan auto debit daripada bank pilihan anda. So kalau bank anda CIMB, akan tolak daripada CIMB lah. Bank lain yang termasuk adalah Maybank, BSN, EON, RHB dan bank-bank lain/MEPS.

Tuntasnya, kalau dengan wang tunai, minimum jumlah permulaan adalah RM 500 dan boleh tambah setiap bulan sebanyak RM 200. Jadi kalau nak simpan lebih lagi pun, dipersilakan. Tak dihalang malah dialu-alukan. Hehe.

2) KWSP
    Pelaburan ikut cara ni lain sikit dan akan dijelaskan dalam post yang lain. Cuma kalau guna KWSP ni, pelaburan akan dinilai dan ditolak daripada akaun 1. Ada syarat-syarat yang nak kena layaklah sebelum boleh melabur guna duit KWSP. Jadi macam yang saya cakap tadi, insya-Allah akan diperincikan dalam post lain.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, jangan malu jangan segan. Sila-silalah hubungi saya secepat mungkin, okay? And I do wish this post has benefit you in many ways.

Abdul Latif Omar Ali
Unit Trust Consultant
013-4373947

Terima kasih banyak lah sudi baca!
:)

No comments: