Monday, April 6, 2015

Apakah Itu CWA dan Unit Amanah

Assalamualaikum.

Ramai yang bertanya. Apa tu CWA? UT?

Bagi anda yang tak tahu atau belum tahu pasal CWA ni, CWA atau nama penuh dia CIMB Wealth Advisor adalah anak syarikat CIMB Principal Asset Management Bhd. Dengan CWA, anda berpeluang untuk mula membentuk, melindungi and mengekalkan semua aset/kekayaan anda dengan pelbagai produk kewangan yang ada dalam CWA termasuklah pelaburan dalam saham amanah, takaful untuk perlindungan diri dan juga penamaan serta perancangan aset/kekayaan.

Saham amanah ni pulak sebenarnya adalah satu bentuk pelaburan bersama yang mana pelabur-pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama akan mengumpulkan dan melaburkan wang mereka ke dalam pelbagai jenis sekuriti. Contoh sekuriti ni macam ekuiti, bon atau pasaran wang lah. Pelaburan yang dibuat pulak akan diuruskan oleh pengurus dana professional yang akan dipantau oleh pihak ketiga iaitu trustee atau pemegang amanah.

Antara tanggungjawab pengurus dana adalah untuk memastikan bahawa pelaburan yang diorang uruskan akan untung selain meastikan yang pelaburan anda  dipelbagaikan. Kaedah kepelbagaian ni akan membantu untuk mengurangkan risiko pelaburan kerana tidak bergantung hanya kepada satu saham sahaja.

Jadi sebagai pelabur, anda tak perlu risau sebab semua hal berkenaan pelaburan akan diuruskan oleh pengurus yang professional dan berpengalaman dalam bidang saham amanah ni. Lagipun, macam dah sebut sebelum ni, semua urusan yang dibuat oleh pengurus pelaburan akan diselia oleh trustee atau pemegang amanah. Trustee ni pulak akan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Katakan anda nak laburkan duit ke dalam dana yang patuh Syariah, pengurus dana dengan trustee ni akan pastikan duit anda akan dilaburkan ke dalam dana yang patuh Syariah. Yang paling penting, semua perkara pasal pelaburan ni berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Jadi wahai pelabur-pelabur sekalian, bila anda melabur dalam saham amanah ni, senang cerita anda tak perlu risau atau sangsi pasal duit dan pelaburan anda. Daripada sekecil-kecil perkara hingga yang paling besar akan diuruskan. Kalau anda berminat nak mulakan pelaburan dengan CWA atau ada sebarang soalan, boleh hubungi saya bila-bila masa. Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk jawab semua pertanyaan anda.

Abdul Latif Omar Ali
Unit Trust Consultant
013-4373947

I really hope that this post has benefit you in many ways.
Thank you for reading.
:)

Of CWA and Unit Trust

Assalamualaikum.

So, here’s a basic question. What is CWA? Or Unit Trust?

To those of you who are yet to know, CWA or CIMB Wealth Advisor in full, is a subsidiary of CIMB Principal Asset Management Bhd. It offers you the opportunity to create, protect and preserve your wealth/asset(s) via a range of financial products which include investment in unit trust, self-protection with insurance or takaful as well as trust nomination and estate planning.

On the other hand, unit trust is a form of collective investment where investors with similar investment objectives pool and invest their money into a diverse range of securities such as equities, bond or money market. The money invested is then managed by professional fund managers who are overseen by a third party which are the trustees.

One of the responsibilities of fund managers is to manage investors’ money in such a way that investors will gain profit from made investment. The managers will also ensure that the investments are diversified into multiple funds. This method of diversification will lessen and mitigate the risk associated with investment since it will not depend solely on the performance of a single fund.

Therefore, as an investor you need not to worry about your investment for it will be managed by those who are professional and experienced in this field. Furthermore, all transactions made by the fund managers will be overseen by the trustees who will be overseen by Securities Commission. Say for example, that you choose to invest in a syariah compliant fund, both fund managers and trustees will make certain that your money should go into one. What's most important is that everything is registered with Bank Negara Malaysia.

So dear investors, when you make your investment in unit trust, you will not have to worry and doubt a thing about your money. Everything will be taken care of very well. If you are interested to invest in unit trust or have any enquiries, you can contact me anytime. Insya-Allah, I will try my best to answer all of your questions.

Abdul Latif Omar Ali
Unit Trust Consultant
013-4373947

I really hope that this post has benefit you in many ways.
Thank you for reading.
:)